Wednesday 27 June 2012

SSQS

Pengisian SSQS bermula pada 1 julai hingga 31 julai 2012.Di minta semua sekolah  membuat pengisian sebelum tarikh tutup.

Wednesday 20 June 2012

Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran

Sambutan hari guru peringkat Daerah Tuaran diadakan pada 25.06.2012 (Isnin) di Dewan sri sulaman Tuaran.

Thursday 14 June 2012

Menara 1BRIS

Menara 1BRIS – Apa Sekolah Patut Tahu ?

Menara 1BRIS – Apa Sekolah Patut Tahu ? Salam,
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan surat dari PMO, BPM KP(PMO)-ICT 100/03/01(67) bertarikh 11 Jun 2012.
3. Untuk makluman tuan, di mesyuarat NKEA CCI yang telah diadakan pada 7 Jun 2072, pihak SKMM
telah membangkitkan isu ketidakpatuhan pihak YTL dalam membuat pemasangan struktur 1BRIS di sekolah-sekolah
di bawah projek 1BestariNet. Pihak SKMM juga telah menerima laporan secara rasmi mengenai perkara ini dari
beberapa buah negeri. Di antara aduan yang diterima adalah mengenai tatacara pemasangan struktur yang tidak
mengikut prosedur dan tidak mengambil kira faktor keselamatan di kawasan sekolah.
4. Pembinaan struktur 1BRIS ini adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan [PBT) di setiap negeri dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Pembinaan tanpa kelulusan
PBT adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak kontraktor YTL perlu menghormati dan mematuhi prosedur
sedia ada bila berada di dalam kawasan sekolah. Perbincangan dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri serta
pentadbir sekolah hendaklah dibuat sebelum memulakan kerja pembinaan bagi perkara yang boleh menimbulkan keraguan.
5. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk memanjangkan salinan surat tersebut ke semua sekolah

Tuesday 12 June 2012

Monday 11 June 2012

Selamat kembali ke sekolah

PKG Tamparuli mengucapkan kepada semua guru-guru serta pelajar,selamat kembali ke sekolah...semoga semesta kedua ni adalah yang lebih terbaik.

Monday 4 June 2012

BENGKEL PTPB

Bengkel pembangunan laman web/blog PTPB-PKG dan 8 buah sekolah bahagian Kota Kinabalu

Tarikh : 12-14 Jun 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
Tempat : Bilik mesyuarat PTPB Kota Kinabalu