Thursday 26 July 2012

i-NILAM dan iQ-PSS

Kepada semua sekolah dibawah PKG Tamparuli di minta untuk mengemaskini Data NILAM dan pemantauan PSS menggunakan i-NILAM dan iQ-PSS.Sebarang pertanyaan sila buat di PKG Tamparuli.

Tuesday 24 July 2012

PENARAFAN SSQS 2012

Penarafan SSQS 2012

14 06 2012
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sabah pada 16 Julai hingga 17 Ogos 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 16 Julai 2012. Harap Maklum.


SELAMAT BERPUASA

Kepada semua umat islam di  Tamparuli,..pihak Pkg Tamparuli mengucapkan selamat berpuasa..

Sunday 22 July 2012

SSQS

Penangguhan telah di buat tetapi pengisian semula pada 16 JULAI 2012 hingga 17 OGOS 2012.Diharap semua guru-guru dapat membuat pengisian SSQS sebelum tarikh tutup.

Monday 9 July 2012

Maklumat ICT sekolah

Pengumpulan Maklumat Inisiatif ICT Sekolah

9 07 2012
Makluman kepada semua sekolah untuk melengkapkan borang analisis data inisiatif ICT sekolah masing-masing untuk pembangunan pangkalan data inisiatif ICT sekolah-sekolah di Malaysia & juga sebagai data dalam pengenalpastian sekolah yang layak dalam projek perolehan baru, penggantian & juga makmal komputer MBMMBI di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke PKG Tamparuli ataupun terus kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah pada atau sebelum 11 Julai 2012. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai & diucapkan ribuan terima kasih.