Friday 28 September 2012


Festival Filem Pendidikan Negeri Kali Ke-4 2012


SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festivel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan akan menjadi milik anda. Sila layari laman sesawang BTPN Sabah (http://www.btpnsabah.edu.my) untuk mendapatkan borang.

Scholastic READ2012



Kem Membaca 1 Malaysia 2012 dan READ 2012 oleh Scholastic Malaysia kembali lagi…sekolah-sekolah digalakkan untuk menyertai program ini dengan mendaftar melalui: