NILAM

LATAR BELAKANG

Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.


PROGRAM NILAM 

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.


MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

OBJEKTIF
a.  Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca
b.  Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM
i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM
ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

PELAKSANAAN
Program NILAM mempunyai dua tahap:
Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca


AKTIVITI NILAM 

































NILAM TAHAP JAUHARI
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat
  • Pelajar wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
  • Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui PSS dan lain- lain sumber
  • Mula dinilai dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (sekolah rendah ) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (sekolah Menengah )
  • Markah dikira mengikut jumlah buku yang di baca.
NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA(RP)
  • Kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
  • Setelah membaca 100 naskah buku pelajar layak memasuki tahap RP.
  • Pelajar di bimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
  • Buku yang dipinjam akan di pinjamkan kepada rakan,keluarga dan jiran.
  • Segala aktiviti RP yang dijalankan akan direkodkan dalam buku khas,disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan.
  • Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan,bilangan pinjaman,pendengar dan pembaca.
  Contoh aktiviti Rakan Pembaca
  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Pidato
  • Ulasan Buku
  • Meminjam Buku.
GANJARAN 
  • Buku Rekod Kemajuan
  • Sijil Khas
Selepas tahun 6 di sekolah rendah dan 5 di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah
MASA DISARANKAN
  • Satu slot semua bahasa secara integrasi dalam P&P
  • Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan
  • Masa khas SEMAI (Sepuluh Minit Asas Ilmu )
  • Waktu untuk aktiviti PSS
  • Menggunakan waktu senggang untuk membaca
  • Dalam pelbagai aktiviti membaca
BAHAN BACAAN
Hanya Buku yang diiktiraf untuk direkodkan dalam rekod Program NILAM.

No comments:

Post a Comment